Monday 1 August 2011

pendapat

/

aku tertengok pic nie kat facebook kawan aku.sebelum aku kata apa-apa(taip je pon...khakhakha) aku nak bagitahu...dari pandangan aku...aku nie tak cantik ye... dan aku tak sokong mana-mana pihak ye.

dalam pic tu ada ayat seperti ini 'Wanita cantik selalu curang'. pada pendapat aku lah...sebenarnya...manusia nie lebih kurang je. tak semua orang yang cantik @ kacak curang... dan tak semua orang yang kurang cantik atau kacak tu setia. sebenarnya dia bergantung pada individu tersebut. kita sememang tahu, cinta itu tak boleh di paksa, jadi.... kalaulah kita berkasih dengan seseorang padahal kita tiada perasaan kat dia sebenarnya... adakah patut kita teruskan hubungan itu??? aku tak nak memandai.. nie pendapat aku jelah. bagi aku...daripada kita terus berkasih dengan dia baik putus..tapi ikut indivitu tulah... itu kalau memang kita tak suka dekat dia dan tiada  orang lain dalam hidup kita...

yang tu jenis yang tak mahu kecewakan hati si dia sebab kita tak sayang pada dia dah atau memang tak sayang dekat dia... dia menolak dengan cara yang baik... tapi kalau jenis manusia yang memang suka mempermainkan orang.. lebih senang aku kata... manusia yang curanglah...pada pendapat akulah... memang patutlah kita rasa marah kat orang macam nie... tapi nak buat macam mana..dah hobi dia mempermainkan orang...huh.. satu lagi...dah tau tak suka dekat si dia nie...buat apa nak bercinta...kalau tak mahu... tolak dengan cara yang baik...dan bagitahu pekara yang sebenar... ini tidak...si dia punyalah setia pada kita...tengok-tengok kita dok bercinta dengan orang lain...memang itu salah kitalah... cuba kita yang setia pada orang yang kita sayang... tiba-tiba dia dok seronok bercinta dengan orang lain... seharusnya ada kata putus sebelum nak bersama dengan orang lain dan seharusnya berterus terang.. aku tak kata...terus terang tu adalah perkara yang mudah kita buat... tapi nak buat macam mana...kita harus buat juga untuk kebaikkan orang lain jangan pentingkan diri sendiri tanpa fikirkan orang lain.

aku bukan nak sokong orang curang ke apa ke...tapi sebenarnya...aku pon tak tahu nak kata macam mana...huh... arh... dalam sesuatu hubungan.. terlalu banyak perlu kita buat...terutamnya hubungan bercinta... kita juga tahu... dalam hubungan tersebut kita perlukan pengorbanan...kesetiaan...kejujuran... bertolak ansur... kefahaman dan banyak lagi...serius aku kata.. aku pon tak suka orang yang curang...bagi aku dia adalah seorang mementingkan diri sendiri... sebenarnya banyak cara yang boleh kita nampak seseorang tu curang... tapi bila ada kejujuran dalam hubungan itu... dari yang ex-couple... masing boleh menjadi kawan... serius aku kata... susah nak jumpa dari ex-couple masih menjadi kawan... aku kata susah nak jumpa... tapi sebenarnya..senang je...dengan adanya kejujuran dan berterus terang...bila dah ada kejujuran... mungkin si dia boleh terima kalau kita sudah tidak sayang padanya... mungkin pada mulanya dia susah nak terima...tapi lama kelamaan aku yakin dia akan terima hakikat... 

pada pendapat aku lah nie... jangan pening pulak bila baca ya...pada pendapat aku...orang yang curang dan orang yang tak cinta kat si dia dan nak putuskan hubungan tersebut pekara yang berbeza... bagi aku ye... sebab apa??? sebab... 

orang yang curang nie... 
  • untuk mempermainkan si dia
  • untuk suka-suka nak bercinta dengan dia...padahal dia punyalah cinta gile kat kita
  • si dia tak lakukan kesalahan apa-apa dekat kita....tiba-tiba kita curang
  • pentingkan diri sendiri
  • jenis yang tak mengaku
  • dan lain-lain
orang yang tak cinta kat si dia dan nak putuskan hubungan tersebut
  • kita terima dia sebab simpati walaupun kita dah tahu memang kita dok mencintai orang lain
  • kita dah fikir masak-masak tentang hubungan tersebut baik buruknya
  • mungkin si dia tak sedar.. yang dia buat kesalahan dan menimbulkan ketidak keserasian
  • minta putus dengan cara yang baik
  • dan lain-lain


serius aku tak faham... kenapa dalam pic tu kata orang yang cantik itu selalu curang...macam tunjuk kat perempuan je..lelaki kacak pon lebih kurang sama ja...huhuhu... bagi aku sama sahaja... kalau dah dia nak curang...curang juga... bagi aku... orang yang kureng cantik/kacak juga tak semua setia lah... dia bergantung pada diri sendiri...

aku selalu kata kat kengkawan aku yang menghadapi masalah seperti ini dan macam-macam jenis masalah...apa-apa keputusan yang kita buat adalah tanggungjawab kita sendiri...betulkan... sebenarnya...bila kita nak buat keputusan.. kita taklah boleh 100% ambik pendapat orang lain... kita kena fikir baik buruk keputusan kita... sebab kita yang buat keputusan...huh...

sebenarnya...aku pon tiada pengalaman bercinta dan juga tak lah dok buat keputusan sendiri...huhuhu... serius... jangan nak marah... mesti korang kata... pandai cakap je budak nie...huhuhu.... nie cuma pendapat aku je... setiap orang ada pemdapat masing-masing...

0 comments:

Post a Comment