Thursday 26 April 2018

A Poem A Day

saya sukakan awak
saya cintakan awak

ayat yang susah untuk diluah apabila dia tulus punya perasaan pada kau.

tanggungjawab kau? menjawab apa yang sepatutnya. fikir sama ada kau punya perasaan pada dia atau tidak. jangan tipu bila kau memberi jawapan jika kau punya jawapan yang lain.

sebab mungkin kau akan menyesal

kadang-kadang memang tak memberi jawapan yang betul sebab kita fikir tentang benda lain. contoh, kau tak nak lukakan dia, kau tak mahu dia rasa merana sebab kau, dan macam-macam lagi.

jika kau punya perasaan pada dia macam mana dia sukakan kau. luahkan. sebab kau memang tahu dia sukakan kau.

bila kau kata tidak tapi kau suka. kau akan menyesal bila satu hati nanti dia sudah membuat keputusan untuk lupakan kau.

jika kau memang tak punya perasaan pada dia, katakan tidak pada dia. tapi nanti, kau jangan menyesal dengan keputusan kau bila satu hari nanti kau sedar yang kau suka dia. dan masa itu dia sudah tidak punya perasaan pada kau.

bila kau tonton A Poem A Day (Kdrama)



itu yang aku dapat. hahaha
cerita yang menarik. 

Monday 23 April 2018

entah

sejujurnya aku takut nak hadap cabaran. sebab aku tahu yang aku banyak kekurangan terutamanya aku kurang keyakinan diri.

tapi tu lah, kena hadap juga.

kita tak akan tahu sesuatu benda tu selagi kita tak hadapi.

Wednesday 14 March 2018

Youn Kitchen season 2


ini adalah salah satu variety show di korea. musim pertama aku tak tengok.  aku baru tengok musim yang kedua. sebab? mesti lah sebab ada Park Seo-joon. hohoho. aku tak lah minat gil-gila dia. cuma sebab di boleh cakap Sepanyol. sebab tu aku tengok. aku rasa. wah wah wah. boleh kata dia cakap dengan lancar. sebab dia ambik kelas bahasa sepanyol.

aku memang suka rancangan masakan dari korea. aku tengok mereka makan, perh. aku pon rasa nak makan juga.

bila mereka buat rancangan yang seperti ini, boleh menaikkan nama negara mereka.

selain Park Seo-joon. ada  Youn Yuh-jung, Lee Seo-jin dan Jung Yu-mi

empat orang ini adalah pelakon  dari negara korea. aku memang pernah tengok drama yang mereka lakonkan.

A Love So Beautiful




ini cerita China.aku suka cerita ini sebab cute sangat.

cerita ini mengenai heroin,Chen Xiaoxi  suka pada hero, Jiang Chen. heroin ini suka pada hero lama dah. ini kisah mula zaman sekolah. Jadi heroin ini siap bagitahu pada hero yang dia suka hero. bagi aku, setiap episode ada tema dia sendiri. aku tak bosan cerita mereka waktu zaman sekolah. aku rasa sangat cute. dalam dok heroin mengejar hero, hero pun ada perasaan heroin.hero tak bagitahu heroin pasal perasaan dia. bila heroin ada masalah, dalam diam hero tolong. sampai mereka habis belajar baru hero tunjuk yang dia sayang. sebelum tu ada juga tunjuk. bila dah bercinta, akan ada masalah. jadi mereka berdua berpisah disebabkan beberapa perkara. tapi selepas tiga, empat tahun, mereka jumpa semula.  hero nak bersama semula dengan heroin. jadi di usaha macam-macam. jarang drama sad ending, jadi cerita ini mestilah happy ending.

aku suka reaksi hero bila dia dah gelabah sebab heroin marah dia dan waktu hero cemburu. comel dan handsome

cerita ini banyak juga pengajaran bagi aku. tentang persahabatan terutamanya. pada zaman sekolah, mereka macam ada geng lah. 5 orang. tapi tak lah semua perkara buat 5 orang ini. hero ini pun aku tengok macam nak tak nak ja bila ada aktiviti. tapi disebabkan heroin, dia pon sertai lah.

dalam cerita ini ada juga lelaki yang selain hero yang suka heroin. baik sangat lelaki tu. macam-macam dia buat pada heroin. tapi itulah, dah heroin suka pada heo. nak buat macam mana.

jadi aku sangat cadangakan sapa yang minat drama cinta, digalakkan tengok cerita ini.

aku tengok hero cerita ini macam lee dong wook. Handsome. hahah
heroin, comel je. kecik je. yang hero tinggi gila. kiranya heroin ni paras bahu atau bawah lagi bahu hero.

ni video clip pasal kisah mereka
sumber: youtube


ini ost drama ini. cute je lagu ni.
sumber: youtube

Friday 2 March 2018

cinta/suka

jujur aku kata yang aku rasa sekarang ini aku macam bukan berada di planet bumi, macam berada di planet yang lain dan di planet tu hanya ada aku saja.  jangan salah faham, aku tak gila lagi. hahaha. cuma mungkin perasaan aku terpengaruh dengan novel yang aku sedang baca.

bila sudah baca baca novel, kita letakkan diri kita dalam cerita itu. kita turut alami apa yang watak itu rasa walaupun bukan secara realiti.

cuma bila aku dah baca novel yang deep untuk aku, aku rasa cinta itu sangat berat. 

ada satu tahap kau tak mahu harungi, tapi kau nak cinta itu.

dalam satu hubungan pasti ada masalah supaya kau dan pasangan kau makin kukuh perasaan sayang tu sebenarnya

jujur aku kata aku takut rasa kecewa dalam percintaan. tapi aku tak pernah bercinta. tapi aku masih alami perasaan kecewa itu. aku lebih suka gantikan cinta itu pada suka kalau melibatkan perasaan aku secara realiti. huh. mungkin aku nak jaga cinta itu untuk suami aku.

setiap orang pasti pernah jatuh cinta/suka. yang bezanya ada lah pasangan  kau itu yang pertama, kedua atau yang seterusnya. yang paling penting yang pasangan kita yang terakhir yang membuatkan kita jatuh cinta. 


biila nak cerita pasal cinta atau sesuatu hubungan makan tahun sebenarnya atau mungkin tak akan pernah habis