Thursday 26 April 2018

A Poem A Day

saya sukakan awak
saya cintakan awak

ayat yang susah untuk diluah apabila dia tulus punya perasaan pada kau.

tanggungjawab kau? menjawab apa yang sepatutnya. fikir sama ada kau punya perasaan pada dia atau tidak. jangan tipu bila kau memberi jawapan jika kau punya jawapan yang lain.

sebab mungkin kau akan menyesal

kadang-kadang memang tak memberi jawapan yang betul sebab kita fikir tentang benda lain. contoh, kau tak nak lukakan dia, kau tak mahu dia rasa merana sebab kau, dan macam-macam lagi.

jika kau punya perasaan pada dia macam mana dia sukakan kau. luahkan. sebab kau memang tahu dia sukakan kau.

bila kau kata tidak tapi kau suka. kau akan menyesal bila satu hati nanti dia sudah membuat keputusan untuk lupakan kau.

jika kau memang tak punya perasaan pada dia, katakan tidak pada dia. tapi nanti, kau jangan menyesal dengan keputusan kau bila satu hari nanti kau sedar yang kau suka dia. dan masa itu dia sudah tidak punya perasaan pada kau.

bila kau tonton A Poem A Day (Kdrama)



itu yang aku dapat. hahaha
cerita yang menarik. 

0 comments:

Post a Comment