Friday 2 March 2018

cinta/suka

jujur aku kata yang aku rasa sekarang ini aku macam bukan berada di planet bumi, macam berada di planet yang lain dan di planet tu hanya ada aku saja.  jangan salah faham, aku tak gila lagi. hahaha. cuma mungkin perasaan aku terpengaruh dengan novel yang aku sedang baca.

bila sudah baca baca novel, kita letakkan diri kita dalam cerita itu. kita turut alami apa yang watak itu rasa walaupun bukan secara realiti.

cuma bila aku dah baca novel yang deep untuk aku, aku rasa cinta itu sangat berat. 

ada satu tahap kau tak mahu harungi, tapi kau nak cinta itu.

dalam satu hubungan pasti ada masalah supaya kau dan pasangan kau makin kukuh perasaan sayang tu sebenarnya

jujur aku kata aku takut rasa kecewa dalam percintaan. tapi aku tak pernah bercinta. tapi aku masih alami perasaan kecewa itu. aku lebih suka gantikan cinta itu pada suka kalau melibatkan perasaan aku secara realiti. huh. mungkin aku nak jaga cinta itu untuk suami aku.

setiap orang pasti pernah jatuh cinta/suka. yang bezanya ada lah pasangan  kau itu yang pertama, kedua atau yang seterusnya. yang paling penting yang pasangan kita yang terakhir yang membuatkan kita jatuh cinta. 


biila nak cerita pasal cinta atau sesuatu hubungan makan tahun sebenarnya atau mungkin tak akan pernah habis

0 comments:

Post a Comment