Monday 12 February 2018

Hargai dia yang sentiasa di samping kau

kadang-kadang kau dapat melihat belian di depan mata kerana kau keliru dengan kaca yang di depan mata kau. kau tak sedar ada orang yang lagi sayang kau, yang lindungi kau, sentiasa di sisi kau di saat kau perlukan seseorang. tapi kerana perasaan cinta kau pada orang lain, kau tidak lihat dia yang terlalu sayangkan kau. kau hanya anggap benda itu penting dari orang kau cinta. tapi apa yang dia buat untuk kau, kau tak sedar. sikit kau tak sedar.

kadang-kadang dia korban segalanya untuk kau, tapi di sebabkan hanya dia tak beritahu kau. kau langsung tak sedar. kalaulah ada sikit perhatian kau pada dia, pasti kau akan sedar yang dia sayangkan kau. sayang hingga dia pentingkan kau dari diri dia sendiri.

apa yang kau lihat, hanya kau akan faham apa yang kaulihat. tapi di sebalik apa yang kau lihat, ada dia yang sentiasa tolong kau. cuma kau yang tak sedar. kerana kau suka pada orang lain, kau buta mata. mungkin kau tak sedar apa yang telah dia lakukan.


tanpa lafaz kata-kata cinta, dia telah tunjuk rasa cinta dia pada kau

perasaan bila tengok drama, The Whirlwind Girl

0 comments:

Post a Comment