Monday, 24 October 2011

Cinta itu...???


cinta itu buta?
cinta itu boleh bodoh?
atau cinta itu apa...???

kenapa aku kata cinta itu buta dan bodoh. tapi sebelum itu.. betulkah cinta itu buta dan bodoh??. sebenarnya... kita yang buta dan kita yang buat diri kita bodoh kerana cinta...betulkan??? hahaha...itu bergantung kepada diri sendiri... aku tak anti cinta... pendapat kita akan sentiasa bertukar mengikut keadaaan. betulkan?? erm... kenapa aku kata macam tu... sebab cerita daripada kawan aku...

aku sebenarnya baru tahu hal nie... baru tahu hari ini... padahal kisahnya dah bertahun... okey..kisahnya macam nie...

kawan aku, Lia(bukan nama sebenar) bercinta dengan si Amar nie(bukan nama sebenar juga). tapi sebelum diorang dok bercinta, Lia tahu yang Amar nie dok bercinta dengan minah nie. tapi sebab cinta itu buta kot, Lia tetap nak bercinta dengan  Amar. oleh sebab masa tu kami baru tingkatan 3, kami terpaksa buat peka sains. jadi, Lia yang baik hati nie tolong buatkan peka untuk Amar. sebab Amar suruh. last-last cikgu sains tau yang Lia nie buat peka untuk Amar. dan macam-macam lagilah yang terjadi.

itu pasal aku kata cinta itu boleh membuat seseorang itu buta dan bodohkan diri sendiri. ye lah... Lia dah tahu  Amar dok bercinta dengan sorang minah nie... pastu nak juga bercinta dengan Amar..erm...

sebenarnya, pelbagai kisah cinta yang ada di sekeliling kita, sama ada kita sedar atau tidak sahaja. aku pon tak tahu kisah cinta aku macam mana..erm...

kadang-kadang aku terfikir...cinta nie boleh membuat seseorang menjadi tamak, gila, buta dan sebagainya. tapi sebenarnya kita yang buat jadi macam itu...kita harus terima sahaja. fikir apa yang akan terjadi. jangan terlalu fikir diri sendiri sehingga menyebabkan orang lain derita

aku selalulah baca novel, komik dan sebagainya tentang cinta. aku tak fahamlah...kenapa ya... dah seseorang itu tak mahu diri kita...janganlah dok paksa. cinta itukan tak boleh dipaksa. lagi pun, kan lebih elok melihat orang yang kita cinta itu bahagia.

aku berdoa supaya semua ada kisah cinta terindah dalam hidup.

2 comments:

  1. @Miss Eizajgn dok fikir sgt ttg cinta...nnt leh jdi gila...hahaha...nnt kita fham sndiri

    ReplyDelete