Tuesday 10 April 2012

salahkah aku???

kadang kala aku rasa kelu lidah dan perbuatan aku terhadap dia dan mereka. aku tidak mahu sebegini tapi keadaan yang menyebab sebegini. salahkah aku??? kerana menjadi keadaan sebegini yang aku tidak mahu.aku mahu seperti sebelum ini dan bukan seperti ini. salahkah aku???

kadang kala aku rasa, aku perlu menjadi sebegini untuk menyelamatkan perasaan aku daripada terus terluka atau aku harus biarkan perasaan aku terluka.

salahkah aku??? mencuba untuk gembirakan hatiku daripada terluka. perlukah aku mengorbankan perasaan aku dan akibatnya hatiku yang terluka.mungkin salah aku tidak megerti akan kesan daripada tindakan aku.adakah aku pentingkan diri sendiri? tapi jika aku tidak elak,perasaan yang pedih aku yang rasa.

bila aku elak, masalah yang lain terjadi. mungkin hati mereka yang rasa pedih pula. aku tidak tahu adakah mereka akan rasa begitu. kadang kala aku rasa ingin seperti membalas dendam. kerana mereka buat aku sebegini. tapi apakah akan aku dapat?. adakah kepuasan? aku harap aku tiada niat untuk membalas dendam dan tidak akan membalas dendam. sebab aku akan rasa rugi. kerana tiada faedah yang akan aku dapat.

aku berdoa, agar tidak terus sebegini. aku harap aku, dia dan mereka dapat terima antara satu sama lain dengan ikhlas tanpa hasad dengki


0 comments:

Post a Comment