Tuesday 25 December 2012

aku datang dan kau pergi

aku datang kepadamu dengan penuh harapan agar kau pergi bersamaku, berkali aku berdoa semoga apa yang aku harapkan akan tercapai. tiba satu saat kau yang pergi. pergi tanpa kembali dan aku menangis tak berlagu. lalu aku kuatkan diri menghadapi segala ini. kerana aku tahu, setiap yang pergi tak akan kembali dan yang hidup perlu teruskan hidup. aku kuatkan diri, untuk kau juga. sebab aku tahu kau akan sedih apabila melihat aku sedih. aku mencari kekuatan untuk menghadapi segala ini. aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang. aku mempunyai keluarga dan kawan-kawan untuk aku hadapi hidup ini. sungguh aku rindukan kau. tapi aku hadiahkan al-fatihah untuk sampaikan rinduku padamu.

p/s:rekaan semata-mata, cuma ingin motivasikan diri ja untuk teruskan kuatkan diri jika berlaku musibah

0 comments:

Post a Comment