Saturday, 15 June 2013

ala-ala novel yang aku minat

sekarang nie aku lebih suka baca novel yang membuatkan aku kena faham betul dengan ayat dia. kiranya apa yang dia maksudkan. aku suka kalau dalam novel tu ada ayat-ayat yang sinis dalam masa yang sama ada maksud yang tersendiri, aku suka ayat puitis. kebanyakkan novel macam tu, kak Husna dan Kak Hafizah aku yang beli. aku tak pandai sangat pilih novel-novel macam tu.  bagi aku, novel macam tu tak jemu untuk aku baca. kiranya, bukan jenis yang aku beli untuk sekali atau dua kali baca.

kadang-kadang cerita dia biasa-biasa ja, tapi di sebabkan ayat dia tu yang aku suka. sebab ayat-ayat dia ada maksud yang ingin di sampaikan.

sekarang nie, aku macam suka kalau hero dengan heroin bersama waktu saat akhir. contoh macam jumpa waktu nak habis ka. atau pun mereka kahwin terus, dan waktu itu nak ending dah. mula-mula mereka bergaduh sampai nak habis. tapi gaduh mereka bukan macam novel yang lain. susah aku nak maksudkan. macam gaduh dalam masa yang sama si heroin still malu lagi untuk berhadapan dengan heroin, ada islamik sikit. okey, aku nie bukan islamik sangat, tapi kalau ada, in sya Allah daptr sampai sannubari hati aku dan ingatkan aku tentang dunia dan akhirat.

aku suka novel yang bukan kisah cinta si hero dengan si heroin semata-mata. ada kisah yang boleh memberi pengajaran kat orang yang membaca. kiranya novel tu bukan jenis yang sarat dengan kisah cinta hero dan heroin,

aku juga suka novel-novel detektif juga :D


0 comments:

Post a Comment