Wednesday 9 October 2013

Cinta Suci Zahrana Full Movie



cerita nie... aku memang suka. kisah cinta yang pada akhirnya. menunjukkan rasa cinta dengan pernikahan, wah. kisah cinta islamik. cerita nie memang betul-betul buat aku tersenyum. sambil aku menaip, senyum di bibir aku. kisah seorang manusia yang bernama Zahrana yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan mempunyai peribadi yang baik. tapi dia diuji sukar untuk mencari calon suami yang sesuai dengan dia. dia di uji dengan pelbagai peribadi manusia. hingga satu saat dia jumpa calon yang sesuai, tapi diuji lagi dengan kematian calon suaminya pada hari pernikahan mereka. pada hari yang sama ayah Zahrana meninggal. Setahun sudah berlalu,  akhirnya dia bernikah. Calon suaminya ialah pelajar dia semasa dia berkerja di universiti. Calon suaminya yang minta ibunya melamar Zahrana. Calon suaminya, Hassan mencintai Zahrana di Universiti lagi.

sungguh aku suka cerita nie, waktu di konflik, memang sedih. Zahrana menerima lamaran Hassan dengan bersyarat, agar mereka segera dinikahi pada malas itu juga, selepas Isyak. Selepas Zahrana solat maghrib, Ibu Hassan telefon Zahrana agar Zahrana mencari wali dan sebagainya. Dan saat yang paling aku bila, Hassan berbual dengan Zahrana di telefon. Zahrana minta Hassan memanggilnya 'dik Zahrana' waktu tu memang aku teruja kot. hahaha. 

aku suka kata-kata yang terdapat dalam cerita nie. antaranya
'jodoh kalau dikejar-kejar tidak ditangkap, tapi jika tidak dikejar dia akan datang sendiri'
'sebutlah nama Allah dalam keadaan susah dan senang'

disebabkan cerita ni, cerita islamik maka memang banyak pengajaran yang boleh dapat sambil kita mengetahui perkara-perkara yang belum kita tahu.

aku suka tengok reaksi Hassaan waktu baca kad undangan perkahwinan antara Zahrana dengan Rahmat, memang kecewa habis. waktu tu memang menunjukkan dia ada perasaan pada Zahrana. waktu pertama kali Hassan bertemu dengan Zahrana, muka dia memang menunjukkan  dia mula ada perasaan pada Zahrana. Bila dia bertemu Zahrana, memang kita boleh agak dia ada perasaan. Hassan macam malu-malu. wah wah. aku suka Hassan.

0 comments:

Post a Comment