Sunday, 8 May 2011

tentang aku dan kengkawan

 Alhamdulillah aku dapat tawaran U. Di Uitm Shah Alam. tapi aku tak pergi pon. aku masuk tingkatan 6. esok baru nak daftar. ramai juga kawan-kawan aku masuk tingkatan 6. antaranya Azizah, Shuhada Z, Yuslinda, Afifah Meli, Amy,  Zulhelmi, Anuar dan ramai lagi.aku akan berdaftar di SMK Ayer Hitam, Kedah.

Dah lama aku tak belajar. hahaha. esok aku pergi sekolah. kemungkinan besar tak belajar lagi. sudah lama aku tak pakai baju putih sejak aku jadi pengawas perpustakaan. baju yang aku selalu pakai warna hijau. esok aku kena pakai baju warna putih, tudung putih, kain hitam, kasut pon warna hitam. hahaha. rasa lain macam je

Syamimi dan Husna akan pergi matrik di Kedah dalam daerah Kubang Pasu juga.mereka akan berdaftar pada 23 Mei 2011 kalau tak silaplah. semoga mereka berjaya.

Jefry? entah aku pon tak pasti dia masuk tingkatan 6 atau sambung belajar dekat U. sebab dia dapat juga  tawaran U.

Apa-apa pun... aku harap semua berjaya sama ada di dunia atau pun di akhirat...

0 comments:

Post a Comment