Thursday 19 May 2011

STPM-sekolah-kelas-kengkawan-hari guru

Minggu lepas pada 9/5/2011 aku daftar tingkatan 6 rendah di SMKAY, Kedah. nak kata best tu...taklah... macam biasa je lah. minggu lepas kami tak belajar pon... dengar ceramah, ada aktiviti dengan tingkatan 6 atas. ok je. best gaklah aktiviti dengan tingkatan 6 atas.

pada hari khamis lepas, tarikh? 12/5/2011 aku dapat tahu aku duduk kelas mana. memang niat aku nak ambil ekonomi. oleh sebab kelas ekonomi ada dua kelas... aku terpisah dengan kengkawan aku. aku duduk 6R1. aku sorang je perempuan dari sekolah lama aku yang duduk dalam kelas tu. selain aku 3 orang jejaka sekolah lama aku. memang aku kecewalah. tapi aku tak minta tukar pon. mungkin ada hikmahnya. hahaha

pada hari ahad, minggu nie 15/5/2011 kehidupan aku kat sekolah....memang bosan. ye lah.. kengkawan aku dok kelas lain. aku? dapat kawan baru. tapi aku tak duduk sangat hari itu dalam kelas. aku dok meronda dan buat lawatan kelas ke kelas.macam pengetua pulak...hahaha

16/5/2011. SELAMAT HARI GURU.... pertama kali aku sambut sambutan hari guru kat sekolah SMKAH. bagi aku biasa-biasa je. happy gaklah.tapi ada gak bosan. hahaha. biasa adat hidup selalu banding sekolah baru dengan sekolah lama.

hari ini 19/5/2011.... aku dapat suaikan diri aku dengan suasana yang baru. tapi taklah 100%. hari nie okeylah jugak. sebab aku semakin rapat dengan kengkawan dalam kelas.happy... :)

aku harap...kehidupan aku di sekolah baru ini semakin hari semakin okey. Amin... semoga aku happylah....hahaha

0 comments:

Post a Comment