Saturday 11 February 2012

pendapat:Cinta

kadang kala aku tak faham apa itu cinta. bagi aku cinta itu terdapat pelbagai pendapat mengikut situasi. aku tak faham, aku keliru. mungkin sebab aku belum pernah jatuh cinta. tapi aku suka tentang cinta. cinta itu kan perasaan. bila aku tonton cerita, membaca, aku akan terfikir dan berkata-kata tentang cinta. aku suka cinta.

aku tak faham, kenapa bila kita mencintai seseorang dan dia curang, kenapa kita ada kasih. padahal dia curang dengan kawan baik kita. sebab kita cintakan dia? tapi dia yang mengaku yang dia tidak cintakan kita dan hanya kesian. kenapa kita masih kesian padanya??? sebab kita belum jumpa cinta sejati?

aku takut bila dengar kisah kawan-kawan aku yang bercinta dengan seseorang itu sebab simpati. sama ada dia akan terjatuh perangkap iaitu mencinta orang dia  simpati itu. atau hubungan dia sama dengan kekasih hati yang dia simpati itu akan terputus sebab orang itu sedih dan kecewa sebab mendapat seseorang yang berdasarkan simpati.

ada juga manusia yang bercinta untuk mencari pengalaman. nak tahu sama ada lelaki itu baik atau tidak.

kadang kala,kita asyik usya seseorang yang entah dia akan bersama kita atau tidak.padahal kita tak sedar bahawa ada seseorang yang asyik memerhatikan kita.

kita selalu sedar tentang seseorang itu bila dia tinggalkan kita atau kita tinggalakan dia. kemudian baru menyesal.

seseorang itu perlu berani untuk luahkan perasaan dia. tapi perlulah dengan cara yang betul dan tidak terlalu mengharap.

bagi aku, suka dan cinta adalah berbeza.

aku mengaku, aku mudah jatuh suka, tapi tak mudah jatuh cinta.

dan aku harap, orang yang hidup bersama aku itu, adalah cinta aku.

0 comments:

Post a Comment