Sunday 22 July 2012

Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah

dua malam lepas, aku pergi ke Shahab Perdana di Alor Setar nak tunggu kak aku. aku dengan ayah aku sampai awal jugalah. terpaksa tunggu hampir tiga jam jugalah. waktu aku tunggu kak aku tu aku suka dengar lagu sambil lihat sekeliling. aku lihat seorang perempuan seksi. memang seksa gak lah aku tengok. tak taulah dia nie beragama Islam atau tak. pastu ada seorang gadis muslimah dengan tudung labuh dia. cantik. walaupun dia pakai tudung labuh, tapi bagi aku dia tidak kekok untuk bergaya. aku bandingkan antara dua gadis itu dengan aku sekali. erm... memamang bertuahlah sapa yang dapat gadis muslimah itu. sebab waktu dia tunggu bas dia baca al-Quran. aku pula dok dengar lagu. erm...nampak sangat aku nie jauh beza dengan gadis muslimah itu.  gadis seksi itu pula dok berjalan sana sini. erm...

sambil dok dengar lagu tu, tiba-tiba ada seorang lelaki dengan kopiah dan berspek mata berjalan. dalam hati aku mesti lelaki itu nak jumpa gadis muslimah itu. sememangnya sangkaan aku betul. aku suka cara lelaki itu menegus gadis muslimah itu. mula-mula dia duduk di belakang gadis muslimah itu, pastu tegur. baru gadis itu perasan kedatangan lelaki itu. owh ya, lelaki itu datang dengan jaket. dia letak jaket itu di sebelah tempat duduk gadis itu. dalam hati aku, mesti lelaki itu datang untuk memberi jaket itu pada gadis itu.kemudian lelaki itu duduk di sebelah gadis itu. tapi antara mereka ada sebuah lagi kerusi. aku lihat cara mereka berbual. suka betul aku dengan cara mereka. semasa mereka berbual, gadis itu lihat depan sahaja mungkin ada juga gadis itu lihat lelaki itu. aku tidak pasti. lelaki itu, aku tak perasan pulak. sebab terlindung tiang. tapi aku percaya bahawa mereka tidak sangat melihat antara satu sama lain

semasa gadis itu mahu melangkah menuju ke arah bas, dia mengambil jaket yang lelaki itu bawa. betul sangkaan aku. aku lihat kalau-kalau gadis itu bersalam dengan lelaki itu. manalah tahu kalau lelaki itu suami dia ke, adik-beradik kandung ke, adik-beradik susuan ke. tapi mereka tidak bersalam sewaktu aku lihat itu. setelah gadis itu berada di dalam bas, aku tidak pasti sama ada lelaki itu tunggu atau tidak. sebab aku tidak dapat lihat kerana terhalang oleh cermin sebab suasana malam. tapi dalam hati aku, aku percaya bahawa lelaki itu pasti tunggu sehingga bas itu pergi tinggalkan Shahab Perdana.

kalau aku nie betul-netul tak tahu malu dan perasaan ingin tahu kuat, pasti aku akan ke lelaki itu dan bertanya sama ada dia dan gadis itu mempunyai apa-apa hubungan. walaupun aku mempunyai perasaan ingin tahu  tetapi apakan daya, perasaan malu masih ada untuk bertanya. jadi aku tanya dalam hati je lah.

so... aku harap diorang ada jodohlah kalau diorang ini boleh berkahwin bersama. erm.. suka betul aku lihat mereka berdua.


14 comments:

  1. ish2... syok betul dia dok skodeng orang..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. semestinya... bila tengok sekeliling mesti akan dapat sesuatu... :D

      Delete
    2. mesti boleh dapat pakwe ka...hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. hahahaha...mana tau kan...

      Delete
    2. ingt aku cm tu ka... sorry lah...hohoho :D

      Delete
    3. hahahaha... mungkin:P

      Delete
    4. mungkin2...ciplak btl...

      Delete
    5. bukan harta intelek pon ...
      jadi ciplak la ...haahahahha

      Delete
    6. erm...ya... akan aku ingat..ermm

      Delete
    7. hahaha... keluar ayat pasrah pulak.....

      Delete
    8. ya... pasrah itu menyerah....erm

      Delete
    9. ye lah... nak bagi ang menang :D

      Delete