Saturday 25 August 2012

cuti raya dan perancangan syawal

sepanjang aku cuti nie, macam-macam aku dah buat. tak terkata kononnya lah. persiapan raya, persiapan bertunangan, persiapan beronline, persiapan nak exam dan persiapan nak sekolah.

raya kali nie, aku rasa biasa- biasa je kot. erm... aku serba hitam raya nie.  kali nie je raya puasa aku hari pertama sempat pergi rumah kawan sebelah petang. selalunya pergi raya rumah saudara mara sampai ke malam.

raya kali nie abang dan kak ipar aku balik :) masyuk sikit aku raya kali nie, sebab kak ipar aku kasi duit raya :)

raya kedua aku sibuk dengan macam-macam. penat-penat. tapi berbaloilah. :)

raya ketiga aku dok rumah je. malam abang dan kak ipar aku balik ke Johor. selepas hantar diorang  aku dengan kak-kak aku pergi makan KFC.

raya keempat aku tak pergi mana. kononnya nak pergi rumah Cikgu Salhah, tapi tak jadi.

raya kelima, aku pergi kenduri rumah Shuhada Zamri

raya keenam, aku masih duduk rumah, tapi ada jugak perancangan nak pergi rumah Cikgu Faridah, tapi tak jadi sebab hujan lebat

raya ketujuh, aku duduk rumah juga, layan cerita kat tv.

raya kelapan, insya-Allah aku akan pergi ke sekolah.

raya kesembilan, kalau panjang umur dan tak da hal, aku pergi sekolah dan exam makroekonomi

raya ke sepuluh, ada exam sejarah 2

0 comments:

Post a Comment