Saturday, 25 August 2012

twitter

sekarang nie aku suka bertwitter. hehehe. aku pon tak tau sebab apa. mungkin sebab tak ada sapa yang orang kenal. aku rasa bebas nak luah apa pon.

aku bukan tak ada tempat laman sosial nak luah, tapi kebanyakan semua orang yang kenal aku ada kaitan. walaupun aku ada banyak facebook, setiap facebook tu ada je yang kenal aku. jadi aku rasa malu pulak nak luah macam-macam.

takut orang salah sangka, tambah-tambah kalau mood aku nak berjiwang datang.

twitter aku ada dua je buat masa lah. satu twitter ada followers, satu twitter aku tak mau ada followers. twitter yang tak ada followers tu aku panggil MR T. hanya Mr. T je tau apa yang ada dalam hati aku selain blog yang tak da sapa boleh baca, buku hitam aku merangkap buku diari, kononnyalah.

lagipon kalau aku malas nak on leptop, senang sikit nak online guna telefon. tak payah nak buat banyak kerja.

lagipon bila tiba rasa nak luah, tak kira masa dan tempat.


0 comments:

Post a Comment