Sunday, 5 August 2012

puasa dan trial

hari ini aku sangat-sangat letih dengan rasa tak cukup tido padahal tido awal je. cuma bangun awal daripada biasa sikit je. pastu keluar dengan keluarga aku. beli tudung raya. hahaha. beli dua helai. cantik tu.... biasa-biasa je. pastu pergi bazar ramadhan. pertama kali pergi bazar ramadhan untuk tahun nie. banyak juga yang jual di Mergong, Kedah.  dan sekarang menunggu waktu buka puasa.

aku rasa lepas ini macam tak mau pergi bazar ramadhan dah je. buat masa sekarang lah :D, nanti-nanti tak tahu lah. erm...

tinggal lebih kurang dua minggu je lagi nak raya. aku rasa... raya tahun ini biasa- biasa je kot. sebab minggu depan aku trial STPM. lepas raya masih ada lagi exam. so.... tak boleh raya sakan sangat.

banyak lagi yang aku tak faham. aku yakin aku boleh jawab, tapi tak tahu betul atau salah je lah. erm..

jadi aku kena usaha!!!

nyah kau dari sini malas
datanglah padaku rajin
:D

0 comments:

Post a Comment