Wednesday, 26 December 2012

cuti, air terjun, harapan

ramai kawan-kawan aku bercuti dalam bulan nie ada yang kerja. aku?? duduk rumah ja. erm... bila nak bercuti nie. lama dah tak bercuti. erm... sedih betul hidup aku nie. hahaha..yang aku dok buat dok online ja pastu tidur. kalau nak keluar pon gitu-gitu ja. erm...

aku sebenarnya dok tunggu bulan satu nie. hahaha. aku dah ada rancangan. ceh... nak ajak kawan-kawan p air terjun. rasa tak sabar ja nak p. awat bulan satu bukan bulan nie??? sebab bulan satu dah mula sekolah. jadi tak ramai orang nak p mandi. 

ada satu hari tu, sapatutnya sekolah, tapi sekolah cuti. cuti peristiwa. hari selasa. aku dan kawan-kawan aku apa lagi p lah bukit ayer, perlis. memang best lah. sampai-sampai ja memang tak berapa ada orang sangat. aku dengan hati yang riang mandi sakan lah. waktu mula-mula sampai tu, adalah 3 orang manusia. dua perempuan dan sorang laki. aku dengan kawan-kawan aku lagi, cepat-cepat chop tempat. tempat yang kami mandi tu, memang best. tak dalam sangat. okey lah. lagipon boleh gak menyelam. aku suka menyelam. padahal tak reti berenang. :D

waktu kami mandi tu, adalah sekumpulan lelaki mai. banyak jugaklah budak laki. aku ingat lepa nak mai lepak kat tempat kami dah. tapi lepa lalu ja. diorang dok atas sikit. waktu kami  makan nasi dok tengok-tengok gak. pastu ada beberapa orang daripada kumpulan laki tu p tempat kami. aku dengan kawan-kawan cepat makan. pastu sempat jugak kami halau :D

kawan aku dan sembang dengan beberapa budak laki daripada kumpulan tu. aku dengan azizah buat dono ja, kami mandi dengan happy ja.  pastu kawan-kawan aku bagitau kata lepa tu budak-budak pondak ka madrasah entah. patutlah. sebab diorang nie baik jugak, sebab diorang blah macam tu ja waktu kami halau lepa. diorang siap puji kami ooooo. diorang kata jarang nampak geng perempuan mandi air terjun sambil pakai tudung. hahaha. bagi aku, ada ja yang pakai tudung waktu mandi, mungkin diorang tak jumpa ja.

kawan aku sempat sukakan seseorang daripada kumpulan tu. laki tu pulak ala-ala ustaz. memang sah-sah ala-ala ustaz dah sekolah daripada aliran agama ka. pastu aku ngan kawan-kawan aku sempat panggil kawan aku nie ustazah. hahaha

pastu p lepak sat tunggu masa. dalam pukul 5 lebih p makan dan kemudian balik

kat bukit ayer kami dan buat plan nak p lagi lepas habis STPM. habis-habis ja STPM, esoknya p mandi. tapi betullah, apa yang kita rancang Allah yang tentukan. ada masalah tu lah, ada masalah nie lah. lagipon dua tiga hari lepas STPM rumah aku kenduri. kak aku kahwin. tu yang sibuk tu

aku harap aku boleh p lagi dengan kawan-kawan aku. rasa tak sabar nak tunggu bulan satu. 

aku harap hubungan persahabatan aku dengan kawan-kawan makin rapat. semoga takda masalah. aamiin

0 comments:

Post a Comment