Wednesday, 26 December 2012

roti, luar negara, dalam negara

jeles betul aku -_- sebab kak aku dekat luar negara. wah...bestnya boleh main salji.erm... nie yang membuatkan aku nak cari laki kaya nie... hahaha... berangan lebih-lebih sangat Cik Nurul.

aku.... kalau boleh pergi luar negara aku akan pilih negara di benua Eropah.  memang nak p Mekah dan Madinah. tapi selain tu lah. aku nak pergi  negara yang kat benua Eropah sebab aku nak makan roti. hahaha. sungguh aku nak makan roti. sebab aku ada tengok tv, diorang tengah buat roti. aku rasa wah wah wah bila tengok. tu yang membuatkan aku teringin nak p sana. aku tengok, macam sedap ja roti  tu. tu pasal aku teringin nak p sana dan makan roti. hahaha

sebelum nie berangan nak p perancis. hahaha. sebab ramai kata tu negara romantik. tu yang teringin nak p sana.

kalau di Malaysia aku teringin nak pergi Sabah dan Sarawak. sebab tinggal dua negeri nie ja aku tak dapat p lagi. erm... nanti-nanti kalau ada rezeki, aku nak p :D

Melaka juga aku teringin nak p lagi. dulu pernah ikut rombongn dengan sekolah ayah aku. tapi p sat ja Melaka. sejam. sejam ja. sangat-sangat menyedihkan. bagi aku, Melaka sangat-sangat cantik. erm.

aku suka cameron hinghland walaupun dah banyak kali p sana. best. rasa romantik je dok sana. hahaha... tapi memang aku suka p sana. sebab banyak hijau. aku suka kehijauan. suka tengok pokok-pokok kat sana.    aku rasa, banyak-banyak tempat, aku tak akan jemu kat sana. nanti kalau aku dah kerja, aku nak ja selalu p sana :D

0 comments:

Post a Comment