Saturday 13 April 2013

oh playboy


ciri-ciri playboy
  •  mempunyai lebih seorang kekasih
  • ada sorang kekasih tetapi 'spare part'nya ramai
  • tak ada kekasih tetapi di sisi dia sentiasa wanita. mana-mana dia pergi pasti ada wanita dan selalu bertukar wanita
  • kalau nak tahu atau tak dia playboy, tanya dia. hahaha
senjata 'playboy' paling tajam
  • pandai memujuk perempuan
  • pandai merayu perempuan
  • sentiasa tampil kemas dan tampan untuk menarik minat orang untuk melihat dia
  • merayu perempuan dengan cara yang paling lembut dan mulut terlalu manis
  • kata-kata pujian tidak pernah terlepas dari mulutnya
  • mulanya tampil jadi perhatian ramai tetapi apabia tembelangnya sudah pecah dia hilang tanpa boleh dijejak. mungkin kerana mahu mencari mangsa lain.
  • mereka selalunya akan kalah dulu baru nak menang. contoh diorang akan habiskan wang, masa, dan tenaga. bila sudah dapat, tinggal macam tu ja
  • suka meraih simpati. dari simpati dia akan mula mengorat
  • banyak helah. ada saja alasan apabila tembelengnya sikit demi sedikit terbongkar
  • pandai ambil hati orang tua
  • sering guna orang lain untuk mendapat apa yang dia nak
  • walaupun dia tak kaya, tapi berlagak macam kaya. mudahlah dia mengaburi mata wanita yang mata duitan.
bagaimana boleh terpedaya.

kadang kala kita sudah tahu yang dia jenis 'playboy' tapi kita tetap terperangkap dengan dia walaupun sudah ramai tunjuk bukti yang dia playboy. antara sebab:
  • Kita yakin dia sudah berubah.
    • disebabkan sikap dia yang bersungguh untuk dapatkan kita, kita sudah ingat yang dia berubah. padahal dia tak berubah. tak mudah dari playboy untuk menjadi sang satia. dia akan berubah bila dia betul-betul akan berubah. memang akan satu hari nanti untuk dia berubah, kita kena betul-betul kenal dan yakin. jangan ingat tempoh masa sebulan sudah cukup untuk dia berubah.kita kena siasat. tanya dia dari A hingga Z. biar dia ingat kita nie queen control. asalkan kita selamat.

  • Kita rasa boleh mengubahnya.
    • tidak mudah untuk tukar si playboy untuk menjadi sang setia. kita akan rasa kononnya dapat tukarkan dia untuk jadi sang setia. biasanya sang playboy ini akan ingat semua perempuan sama. silap-silap kita yang terperangkap dalam dunia dia. tidak ada siapa yang boleh mengubahnya kecuali dirinya sendiri.

elak jadi mangsa
  • siasat latar belakangya
    • kalau dengar gdesasa-desus tentang dia, pastikan betul atau tidak.
  • jangan terlalu mengharap padanya
    • anggap dia kawan sahaja sebab kalau mengharap dia menjadi suami atau kekasih, takut kita yang akan kecewa
  • elakkan terlalu rapat
    • kalau dia selalu ajak, cuba bagi alasan pada dia. kalau terpaksa, ajak kawan-kawan lain. mungkin dia akan bosan untuk ajak kamu. jadi selamat dari menjadi mangsa dia
  • jual mahal
    • perempuan memang perlu jual mahal. jangan terlalu cepat terima cinta sang lelaki.  biar playboy ini ingat kita jual mahal, asalkan kita selamat dari kekecewaan walaupun dia adalah lelaki idaan kita.
  • usah mendendam
    • jangan nak balas dendam untuk kawan-kawan kita telah di kecewakan oleh dia. takut kita yang terperangkap dengan cinta yang hadir tanpa sedari.lagipun tak berguna berdendam. ambil itu sebagai pengajaran

sumber: Jadi 'cool' + positif psikologi suka-suka





0 comments:

Post a Comment